Tuesday, August 25, 2009

Program Pembinaan Diri Peserta Methadone




Pada 22 Julai 2009, Jawatankuasa Methadone KK Masjid Tanah, Pejabat Kesihatan Daerah dan JKN Melaka telah menganjurkan “Program Pembinaan Diri” untuk pesakit methadone KK Masjid Tanah . Program ini diadakan di Tingkat 1, Bilik Seminar , KK Masjid Tanah.

Objektif program:
(i) memberi motivasi pengisian yang bermanfaat kepada peserta Klinik Methadone
(j) meningkatkan keyakinan diri peserta melalui latihan sebagai pengacara majlis, pembaca doa dan sebagainya
(k) merapatkan silaturahim antara peserta Methadone, ahli keluarga dan kakitangan kesihatan
(iv) untuk memberi maklumat tentang penyakit Hepatitis B dan Sirap Methadone
(v) untuk memberi kesedaran kesihatan am kepada peserta dan peluang berkongsi pengalaman serta bertanya tentang masalah kesihatan dan perubatan yang dihadapi.




Program ini mendapat sambutan yang baik daripada peserta Methadone. Kira-kira 30 orang peserta telah menghadiri program ini. Ia bermula dengan penyampaian ceramah dari Dr Shrina, Pegawai Perubatan KK Masjid Tanah yang bertajuk “Hepatitis B dan C”. Peserta-peserta kelihatan berminat tentang ceramah ini dan banyak soalan telah disoal.




Selepas itu, Pegawai Farmasi dari KK Masjid Tanah, Pn Srima Elina juga menyampaikan ceramah bertajuk “Methadone”. Ceramah ini merangkumi pengenalan kepada methadone, kesan sampingan(side-effects), interaksi methadone dengan ubat lain(drug interaction with methadone), dos tertingggal (missed dose) dll.




Selain itu, program ini juga mengadakan parti hari jadi secara kecil-kecilan untuk peserta-peserta methadone yang menyambut hari jadi pada bulan Julai.




“Program Pembinaan Diri” ini boleh dikatakan menjalankan dengan lancar dan objektifnya telah pun dicapai. Pihak penganjur ingin mangambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.






Home Medication Review


Lawatan Pegawai Farmasi ke Rumah Pesakit, atau Home Medication Review (HMR) merupakan salah satu perkhidmatan farmasi yang diberikan kepada pesakit di PKD Alor Gajah.

HMR bertujuan untuk :
(i) memantau komplian (compliance) pesakit
(ii) mendidik (educate) pesakit cara pengambilan ubat yang betul
(iii) elak dari pembaziran ubat dan cara penyimpanan ubat yang sesuai dan dalam kuantiti yang mencukupi
(jjj) meningkatkan kualiti hidup (Quality Of Life) pesakit

Pada Jun 2009, Pegawai Farmasi KK Masjid Tanah dan Durian Tunggal telah melawat ke rumah pesakit di sekitar kawasan Masjid Tanah.

Antara penemuan semasa menjalankan HMR ialah:
· penyimpanan ubat yang berlebihan di rumah. Sebagai contoh : T.Acarbose, T.Captopril , T.Metformin dll. Apabila Pegawai Farmasi memeriksa ubat-ubatan pesakit tersebut, juga didapati bahawa beberapa jenis ubat dicampur di dalam satu sampul ubat. Ini adalah tidak digalakkan kerana akan menyebabkan ubat rosak dan pesakit berkemungkinan tersilap mengambil ubat, terutamanya ubat yang look-alike. Tindakan yang diambil oleh Pegawai Farmasi ialah mengambil balik ubat yang terlebih dan tidak digunakan lagi.


· Di samping itu, multi-drug therapy merupakan masalah utama pesakit menyebabkan komplian yang rendah. Oleh itu, Pegawai Farmasi telah memberikan bekas “Weekly Pill Organiser” untuk membantu pesakit tersebut mengatasi masalahnya.
· Selain itu, pesakit tersebut juga mengambil ubat-ubatan tradisional yang tidak diketahui nama dan tarikh luputnya. Pesakit itu dinasihatkan berhenti mengambil ubat tersebut. Kaunseling juga telah diberikan supaya jangan mengambil ubat herbal/tradisional dengan ubat darah tinggi dan kencing manis kerana interaksi ubat mungkin berlaku. Pegawai Farmasi juga mengingatkan lagi pesakit tersebut bertanya Doktor atau Ahli Farmasi dahulu sebelum mengambil ubat tradisional.

Adalah diharap dengan perkhidmtan ini, Pegawai Farmasi dapat membantu pihak preskriber meningkatkan mutu rawatnan terhadap pesakit.

-

Pameran dan Ceramah Kenali Ubat Anda


Unit Farmasi Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Jawatankuasa Kenali Ubat Anda dan Cawangan Penguatkuasa Farmasi Melaka telah mengatur jadual untuk mengadakan pameran mini dan ceramah di setiap klinik kesihatan di daerah Alor Gajah pada tahun 2009 bagi manfaat pesakit.

Pameran yang diadakan adalah bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan menggunakan produk kosmetik/ubat-ubatan berdaftar, memaklumkan keperluan pendaftaran dan pelabelan kosmetik/ubat-ubatan dan memberi maklumat mengenai risiko menggunakan kosmetik/ubat tidak berdaftar. Ceramah kenali ubat anda pula memberi maklumat lanjut tentang ubat-ubatan dan pengambilan ubat-ubatan yang betul.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2009

  • Continuing Pharmacy Education
  • Buletin Farmasi
  • Program Pembinaan Diri Peserta Methadone
  • Gotong Royong 5s
  • Home Medication Review
  • Pameran dan Ceramah Kenali Ubat Anda
  • Sambutan Hari Jadi Kakitangan Farmasi

Keluarga Farmasi PKDAG

Keluarga Farmasi PKDAG

Program Pembinaan Diri

Program Pembinaan Diri

Pameran dan Ceramah

Pameran dan Ceramah

Pertandingan Nasyid

Pertandingan Nasyid