Tuesday, August 25, 2009

Home Medication Review


Lawatan Pegawai Farmasi ke Rumah Pesakit, atau Home Medication Review (HMR) merupakan salah satu perkhidmatan farmasi yang diberikan kepada pesakit di PKD Alor Gajah.

HMR bertujuan untuk :
(i) memantau komplian (compliance) pesakit
(ii) mendidik (educate) pesakit cara pengambilan ubat yang betul
(iii) elak dari pembaziran ubat dan cara penyimpanan ubat yang sesuai dan dalam kuantiti yang mencukupi
(jjj) meningkatkan kualiti hidup (Quality Of Life) pesakit

Pada Jun 2009, Pegawai Farmasi KK Masjid Tanah dan Durian Tunggal telah melawat ke rumah pesakit di sekitar kawasan Masjid Tanah.

Antara penemuan semasa menjalankan HMR ialah:
· penyimpanan ubat yang berlebihan di rumah. Sebagai contoh : T.Acarbose, T.Captopril , T.Metformin dll. Apabila Pegawai Farmasi memeriksa ubat-ubatan pesakit tersebut, juga didapati bahawa beberapa jenis ubat dicampur di dalam satu sampul ubat. Ini adalah tidak digalakkan kerana akan menyebabkan ubat rosak dan pesakit berkemungkinan tersilap mengambil ubat, terutamanya ubat yang look-alike. Tindakan yang diambil oleh Pegawai Farmasi ialah mengambil balik ubat yang terlebih dan tidak digunakan lagi.


· Di samping itu, multi-drug therapy merupakan masalah utama pesakit menyebabkan komplian yang rendah. Oleh itu, Pegawai Farmasi telah memberikan bekas “Weekly Pill Organiser” untuk membantu pesakit tersebut mengatasi masalahnya.
· Selain itu, pesakit tersebut juga mengambil ubat-ubatan tradisional yang tidak diketahui nama dan tarikh luputnya. Pesakit itu dinasihatkan berhenti mengambil ubat tersebut. Kaunseling juga telah diberikan supaya jangan mengambil ubat herbal/tradisional dengan ubat darah tinggi dan kencing manis kerana interaksi ubat mungkin berlaku. Pegawai Farmasi juga mengingatkan lagi pesakit tersebut bertanya Doktor atau Ahli Farmasi dahulu sebelum mengambil ubat tradisional.

Adalah diharap dengan perkhidmtan ini, Pegawai Farmasi dapat membantu pihak preskriber meningkatkan mutu rawatnan terhadap pesakit.

-

No comments:

Post a Comment

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2009

  • Continuing Pharmacy Education
  • Buletin Farmasi
  • Program Pembinaan Diri Peserta Methadone
  • Gotong Royong 5s
  • Home Medication Review
  • Pameran dan Ceramah Kenali Ubat Anda
  • Sambutan Hari Jadi Kakitangan Farmasi

Keluarga Farmasi PKDAG

Keluarga Farmasi PKDAG

Program Pembinaan Diri

Program Pembinaan Diri

Pameran dan Ceramah

Pameran dan Ceramah

Pertandingan Nasyid

Pertandingan Nasyid